Your friends already use Topface, contact them

Home » » 5 ANGGOTA POLISI TERKORBAN

5 ANGGOTA POLISI TERKORBAN

Written By Unknown on Minggu, 03 Maret 2013 | 22.18

LAHAD DATU: Lima anggota polis terkorban selepas diserang hendap beberapa penjenayah bersenjata api di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, polis yang menerima maklumat terdapat beberapa individu bersenjata di perkampungan atas air berkenaan bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna yang tiba ke tempat kejadian tiba-tiba diserang sekumpulan penjenayah yang melepaskan
tembakan.

Menurutnya, bagaimanapun dalam serangan terbabit lima orang terdiri pegawai dan anggota polis terkorban. Dua penjenayah yang menyerang polis turut terbunuh.


"Kita juga sudah menghantar pasukan tambahan ke Semporna bagi meningkatkan keselamatan di sana.


"Sementara itu, pada 10 malam tadi kita mengesan 10 orang telah menceroboh Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak, dekat sini. Kita percaya mereka ini adalah orang luar dan bukan rakyat negara ini," katanya pada sidang media Ops Sulu di Felda Sahabat 16, di sini, hari ini.

Ismail berkata, tiga daripada penceroboh terbabit dipercayai bersenjata dan pihaknya kini sedang berusaha mengesan kumpulan itu.

"Setakat ini hanya tiga kawasan terbabit dan daerah lain tiada apa yang berlaku.

"Kita juga sedang menyiasat sama ada ketiga-tiga kejadian ini mempunyai kaitan dengan pencerobohan di Kampung Tanduo," katanya.


Sumber: hmetro.com.my










Share this article :

0 komentar:

Posting Komentar

Blogger news

menu


 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. doNya onLine - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modified by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger